Sabtu, 3 November 2012

EMPUKKAN DAGING...


Petua Untuk Empukkan Daging



Pilihan 1: Masukkan sudu atau garfu ke dalam daging yang dimasak.

Pilihan 2: Masukkan sepotong tempe dalam masakan daging anda.

Pilihan 3: Gaulkan daging yang mahu dimasak dengan sedikit tepung gandum dan kicap selama ½ jam, kemudian baharu dimasak.

Pilihan 4: Masukkan keratan batang ubi kayu ke dalam masakan daging tersebut.

Pilihan 5: Masukkan potongan buah betik muda yang telah dibuang kulitnya ke dalam daging tersebut.

Pilihan 6: Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging.

SELAMAT MENCUBA !!!

Tiada ulasan: