Sabtu, 11 Julai 2020

Kenduri anak sepupu Kemamam-Johor







Cinta dan Kemaafan

Kalam Murabbi 

Cinta dan kemaafan🌹🌹

Engkau pasti diuji dengan mereka Di Sekelilingmu
Pelbagai karenah dan kelakuan
Ada yang mengembirakan dan menyedihkan
Ada yang menyakitkan dan menyenangkan

Kemarahan, kebencian dan kesakitan membawa perasaaan 
engkau mahu menjauhi semua orang
Berada dalam dunia yang sepi tanpa sesiapa
Merajuk lalu menghukum mereka yang melukakan hati mu

Tidak mahu percaya pada sesiapa kerana serik ditipu dan disakiti
Memilih hanya mereka yg mengembirakan sebagai teman.

Pergilah ke gunung, lautan dan hutan
Segala tempat yang engkau rasa gembira
Pasti kamu tiada menemui kebahgiaan

Kebahgiaan bukan terletak dimana kamu berada
Kebahgiaan terletak pada sifat cinta dan kemaafan mu

Kita semua tidak sempurna
Banyak kesalahan yang dilakukan
Namun kita sering dimaafkan dan tetap dicintai Allah, Rasul, Guru, ibubapa, majikan, sahabat dan mrk yang mencintai kita

Jika cinta dan kemaafan yg kita beri, nescaya cinta dan kemaafan yang kita akan menerimanya.

AlaDin 2020