(sekadar gamba hiasan - amik dr empunya spt kt atas ni)
Bahan-bahan:
CHICKEN CHOP
~1 keping peha ayam (dibuang tulang)
~Tepung gandum
~Sedikit garam
~Telur (dipukul)
* tepung gandum digaul dengan garam
Cara menyediakan:
1. Peha ayam dilumurkan dengan tepung
2. Kemudian, dilumur pula dengan telur
3. Lumurkan dengan tepung sekali lagi
4. Akhir sekali, goreng ayam menggunakan kaedah deep fryer.
BLACK PEPPER SAUCE
*untuk dimakan bersama Chicken Chop
~Stok daging (Cadangan : Brown Stock/ Demi-Glace – boleh didapati di
pasaraya)
~Sedikit bawang putih dan bawang besar (ditumbuk)
~Lada hitam (dipecah-pecahkan)
~Garam
Cara menyediakan:
1. Tumis bawang dan lada hitam sehingga naik bau
2. Tuangkan stok daging dan tunggu hingga mendidih
3. Masukkan garam secukup rasa
4. Akhir sekali, tuang sos lada hitam yang telah siap ke atas ayam yang telah
digoreng dan hidangkan.
CAESAR’s SALAD
~Daun salad
~Tomato (dipotong 6 -8 mengikut bentuk baji (wedges cut))
~Lobak merah (dipotong bentuk mancis)
~Cendawan Jepun (yang segar bukan dijeruk)
~Sosej (potong halus dan goreng garing)
~Keju – Cheddar (Kraft)
Cara-cara memasak:
1. Susun daun salad dan tomato di atas pinggan.
2. Lobak merah di rendam dengan air yang mendidih selama 1 – 2 minit, toskan
dan basuh dengan air sejuk (air pili).
3. Cendawan juga dilakukan sama dengan lobak merah dan potong 1 inci panjang.
4. Campurkan lobak dan cendawan.
5. Letakkan di atas salad tadi.
6. Taburkan sosej goreng dan taburkan parutan keju.
7. Selesai dan boleh dihidang bersama Thousand island.
Resepi dan tunjuk ajar dari :
CHEF FAEIZ B. MOHD ABDUL WAHAB
Bengkel Masakan Barat PUSPANITA KSM
13 Julai 2009
Putrajaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan