Sabtu, 27 Oktober 2012

HARI RAYA HAJI/ QURBAN


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA a.k.a RAYA HAJI...kepada semua sahabat-handai dan saudara mara juga semua muslimin dan muslimat tak kira jua di mana anda berada...
SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN & HAJI (bg yg sedang mengerjakan haji di Mekah).
Semoga ibadah Qurban anda mendapat ganjaran pahala dr Allah & mendapat haji yang mabrur..

 Pic - credit fb Hj Mat Ali Mohamed

With Luv,
ALa-Din
11 Zulhijjah 1433

Isnin, 22 Oktober 2012

Makan2...

Sabtu - 29 Sept 2012, dapat call dari Mok Su & P.Su nak datang ke Nilai...
hari  tu aku keje seperti biasa hingga pkl 1.00pm. M.Su & P.Su ajak kami sekeluarga makan tghari di kedai makan K.Nah Tmn Semarak. P.Su mau belanja kami semua makan di situ. Kami bergerak lps En. Somi & anak2 amik aku kat tempat keje semntara P.Su & M.Su sekeluarga dah menunggu kami  disana...
Lepas makan M.Su & P.Su & anak2 gerak ke Nilai 3 utk sopping2, then lps tu singgah rumah kami.

 Ni gamba aku x tahu sape tukang snap, amik dr FB anak M.Su/P.su

With Luv,
ALa-Din

TIPS MURAH REZEKI

Boleh amalkan tips2 murah rezeki berikut:

source : Dato' Ustzh SNB

SELAMAT BERAMAL !!!

Elak Stress

 10 Langkah mudah untuk mengelakkan STRESS:


SELAMAT BERUSAHA !!!

La Tahzan


LA TAHZAN - Jangan bersedih

Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih,  tidak akan membuahkan hasil,
Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,

Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak  akan menghasilkan  kerja yang  memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh  diterima didalam lingkunganmu..

Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..

Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!

mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..

Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..

 Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”



Source: here

Sabtu, 20 Oktober 2012

BIJAK SIFIR

Mari belajar sifir !!! SIFIR 9 yg mudah...


SELAMAT BELAJAR !!!

BISMILLAH 5


SELAMAT BERAMAL !!!

Elak Santau

SELAMAT BERAMAL !!!

MENU ISTIMEWA...

Nak tahu ape dia Menu Istimewa????

Nah ini dia menu istimewa hari ini untuk kita2 smua....


SELAMAT BERAMAL !!!

Familyku lagi....


Tahun 2009 - Syahmi masuk sekolah Darjah 1 UTM @ SK Taman Semarak....
 Abg Syahmi with his frenz Adam (anak Dila) & Syafie (anak Awin)...


 Raya 2008...

 Celebrate besday anak2 kat rumah je...

Singgah makan @ restoren, kakak & abg lapar sangat2 lps pulang dr sekolah agama petang (KAFA).


With Luv,
ALa-Din

Jumaat, 19 Oktober 2012

ILMU...

ILMU yang dituntut takkan habis.....


"UTLUBUL ILMI MINAL MAHDI ILAL LAHDI"
(Tuntutlah ILMU dari buaian hingga ke liang lahad)

"UTLUBUL ILMI WALAU BISSYIN"
(Tuntutlah ILMU hingga ke negeri China)

LEBATKAN RAMBUT...

Petua Untuk Melebatkan Rambut 
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yang masih basah itu segera dilap ke rambut anda.

SELAMAT MENCUBA !!!

HALUSKAN TELAPAK TANGAN


Petua Untuk Menghaluskan Telapak Tangan





Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang. Begitu juga kulit ubi kentang. Ini kerana, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis. Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.

SELAMAT MENCUBA !!!

CERAHKAN KULIT MUKA

Petua Untuk Mencerahkan Kulit Muka




                                  1. Parutan Lobak merah
                                  2. Kuning Telur
                                  3. Sedikit Air Limau Nipis



Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

SELAMAT MENCUBA !!!

Hilangkan Bekas Jerawat



Daun Sirih Hilangkan Bekas Jerawat



Ambil beberapa helai daun sirih muda dan tumbuk sehingga hancur. Sapukan diseluruh wajah dan biarkan hingga kering. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

SELAMAT MENCUBA !!!

HILANGKAN JERAWAT..



Petua Menghilangkan Jerawat Tanpa Krim



Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Sama ada anda menggunakan produk kecantikan atau menggunakan produk harian, ianya terpulang kepada diri anda.Mungkin anda lebih arif mengenai pemilihan produk kecantikan yang bersesuaian dengan kulit muka. Tetapi adakah anda mengetahui ada juga produk harian yang biasa anda guna setiap 
hari boleh membantu untuk menghilangkan jerawat? Berikut disenaraikan cara menghilangkan jerawat tanpa menggunakan produk kecantikan:

1. Aspirin (ubat demam) - Walau bagaimana cantik pun kulit seseorang itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Cara untuk mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawatdan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.

2. Ubat Gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian, bilas muka anda. Ini kerana ubat gigi mampu mambantu menghidrasikan (mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

3. Minyak Zaitun- Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat. Biarkan seketika, kemudian bilas wajah anda dengan menggunakan sabun pencuci muka.

SELAMAT MENCUBA !!!!

Haluskan Kulit Wajah

Sapa2 yang nak kulit muka halus-mulus bolehlah try cara ni:


SOLAT TIANG AGAMA

JOM SOLAT!!!!
SOLAT TIANG AGAMA....no excuse !! coz ajal akan menjemput kita bila2 masa....

CONVOCATION UUM 2012 -part2

 CONVOCATION UUM 2012 - part2

HAPPY GRADUATION DAY - Little Sist. Aini on 6-10-2012

  Cik Su, Qistina, Ayah, Ma, Abg Ngah....

  


 + Cik Ah & Wan...



 + Cik Chik & Syam...

 Wordless...lidah ku kelu...x leh kata apa2...sedih coz aku x de on that happy day....huwaaaaa...


With Luv,
ALa-Din

Sabtu, 13 Oktober 2012

JAMUAN RAYA 2012

Jamuan Raya 2012 kat tempat keje En.Somi a.k.a ex-tmpt keje lama aku tu...

Bila tengok event macam ni best la plak, ingatkan aku memori bersama sahabat2 disini  dulu...

 Seperti thn2 sudah jadik 'Usher" @ Penyambut tetamu...

 Tahun ni bajet comp. lebih skit kot, turut mengundang kump nasyid UNIC - solo dia ni pernah menjadi hos untuk rancangan REMEDY kat TV9 kalau x silap...
Aiik yg mana satu ni ahli kump Nasyid ni ??? Mic dah bertukar tangan ni...En somi ade hati nak nasyid gak ke???hehe...layan jer..

With Luv,
ALa-Din

SAMBAL "GIYAN"

Pernah makan sambal 'giyan /giye' ni tak??

Ini 'giyye' yang dah jadik sambal, gamba pokoknya x de la plak nak tunjuk...

Pokok dan isinya sama seperti pokok lengkuas tapi baunya kuat sikit..

Bau pokoknya seperti bau haiwan 'kesing' yang busuk tu..
First time tengok dan bau sambal ni memang x leh nak telan...Lps tu bila dah selalu makan ok gak rasanya, First time kenal sambal ni bila kahwin dgn En Somi, sebelum ni x penuh pon tengok - teruk betullah padahal satu negeri je walaupon berlainan daerah tapi tulah kat kg aku x de lah plak pokok ni, tu pasal ler x kenal.
Sekarang ni dah jadi peberet lah plak, siap buat balik umah Nilai nak tanam la konon...Hidup sekejap je lps tu mati...susah jugak nak tanam pokok ni yea...patutlah x de org tanam...

With Luv,
ALa-Din


Jumaat, 12 Oktober 2012

Elaun2 org kuat negara...

Oooo baru tahu ni elaun depa2 ni...

Jom tengok elaun mereka ni--->

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing. 

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100 
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong 

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. 

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong. 

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup? 

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). 

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car. 
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya. 

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200 
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar. 

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan. 

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut, 

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah 

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP. 

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

SOURCE: here

Rabu, 10 Oktober 2012

MINDA CERAH

KELAS AGAMA PETANG - KAFA MINDA CERAH
Bdr Baru Nilai

Sesi petang abang & kakak di ambil oleh ustaz untuk Kelas Agama petang di sini pulak.

Abg & Kakak sedia nak ke kelas Al-Quran & Jawi yang diadakan setiap pagi 
Sabtu & Ahad di Minda Cerah, BBN. 
Seawal pg minggu baba dah jadik driver...x pe berbaloi demi anak2 menuntut ilmu...




 SUKANEKA MINDA CERAH - JULY 2012 @ DATARAN PUTRA NILAI

 Sampai awal pagi lagi, keadaan masih lengang - masih belum ramai ibu bapa yang hadir...

Sarapan dulu sebelum majlis bermula...
 Majlis berakhir lbh krg 12pm...

With Luv,
ALa-Din