Jumaat, 21 Disember 2012

21.12.2012...

Hari ini 21.12.2012 - Hari Jumaat plak tu....

Kenapa ye??? Ape istimewa nya dgn hari ini??? Ini tarikh aku lahir ke dunia, dh dkt 30+ dah idup....

Ya Allah, ku panjatkan syukur padaMu krn masih di panjangkan umur, dikurniakan sorg suami yg beriman n caring, anak2 comel yang makin membesar, terasa bahagia sangat2...

Terima kasih ma yang telah melahirkan aku ke dunia, terima kasih ayah yang membesar dan mendidik ku...kasih sayang ma n ayah hingga ke akhir hayat....

P/S: Moga liku2 perjalanan hidup kami sekeluarga nanti akan sentiasa di berkati & dilindungi Allah S.W.T serta dilimpahi Nur & rezeki barakah dr Nya ..... Aamiin Ya Rabbal Alamiin.. 




With Luv,
ALa-Din
7 Safar 1434

Khamis, 15 November 2012

Si Cilikku...

Si cilik ku...yang cergas n berani gitu...semoga membesar menjadi anak yang soleh yea...
  BoboiBoy kuasa 3....
Ngamukkk sakan....baba dikerjakan..

  tunggu turn makan.....

 abang n kakak ngap dulu...
  TERBAIKKKK!!!!! Sayalah JUARA....hoho...
(eksyen betoi, pinjam pakai medal abang n kakak)...

With Luv,
ALa-Din

Tahun Baru - 1 MUHARAM

Salam Ma'al Hijrah 1434H buat semua muslimin dan muslimat di muka bumi ini.....
semoga tahun baru ni bertambah azam dan semangat baru untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..InsyaAllah...



With Luv,
ALa-Din
 1 Muharam 1434H

Sabtu, 3 November 2012

JOM DEKO....

 Jom deko2 rumah, boring la plak asik paten sama jer, ni cilok dr En google, bagus gak idea macam ni - simple saja sesuai sangat untuk rumah yang kecik .....

 'Lighting' amat penting, dinding dicat ngan 1 color gelap 1 terang... 

hias bilik anak2...

yg ni berangan kalau nanti bilikku jadik sprti ni...maybe one day...hehe


hias mcm ni pon ok kt ruang tamu...cilok dr fb member..

yg ni pon blh klu suke english style..crdt to Ustzh SNB...

With Luv,
ALa-Din


DOA MIGRAIN


InsyaAllah berhasil dgn izinNYA...

EMPUKKAN DAGING...


Petua Untuk Empukkan Daging



Pilihan 1: Masukkan sudu atau garfu ke dalam daging yang dimasak.

Pilihan 2: Masukkan sepotong tempe dalam masakan daging anda.

Pilihan 3: Gaulkan daging yang mahu dimasak dengan sedikit tepung gandum dan kicap selama ½ jam, kemudian baharu dimasak.

Pilihan 4: Masukkan keratan batang ubi kayu ke dalam masakan daging tersebut.

Pilihan 5: Masukkan potongan buah betik muda yang telah dibuang kulitnya ke dalam daging tersebut.

Pilihan 6: Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging.

SELAMAT MENCUBA !!!

NASI KATOK...


Sejarah Nasi Katok Brunei

 Credit pictures to: Ubisoft

Alkisah pada zaman dahulu kala tinggal sebuah keluarga di daerah ong sumping masih dekat dengan Bandar sri Begawan,yang menjual nasi bungkus tetapi keluarga itu hanya menjualnya pada malam hari,seperti halnya nasi katok nasi katok yang dijual saat ini rata rata dijual malam hari dan banyak yang buka sampai 24 jam.
Karena dijual pada malam hari sehingga para pembelinya harus mengetuk pintu terlebih dahulu untuk bisa mendapatkan sebungkus nasi tersebut,kemudian dia menamakanya nasi katok.Dialah pencetus lahirnya nasi katok yang saat ini telah menjamur diseluruh pelosok Negara Brunei darussallam.
Resepi Sambal Nasi Katok Brunei


bwg besar 6 labuh,
cili kering yg sudah dikisar,
cili padi beberapa biji,
sos tomato(jenama maggi),
air,
gula,garam,ajino scukupnya.
Minyak.
Caranya;
1.Buang kulit bwg besar,dan potong ikut suka hati bentuknya sbb nak dikisar.
2.Sediakan blender-masukkan bwg besar,cili kering yg sudah dikisar satu setengah sudu mkn,sos tomato maggi 5-6 sudu mkn dan lada padi,kemudian masukkan air(jgn trlalu byk,sbb bwg besar kalau diblend mengeluarkn byk air.So adjust2 sja). Lalu blend ikut suka hati,nak hancur betul2 atau tak hancur sangat.
3.Panaskan minyak(adjust sja ikut byk mana bwg tersebut). Bila minyak dh pnas,masukkan bahan2 yg dikisar tadi,masukkan gula,garam dan ajino secukupnya. Kalau sambalnya sudah sedikit pekat,boleh tutup api.Siap.
source: here

TIPS ANAK NAKAL/LASAK


Doa Untuk Menangani Anak Nakal atau Lasak

1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar.
8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya".

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

JOM SAMA2 BERAMAL...

DOA ANAK NAKAL

Jika ada anak2 yang nakal boleh amalkan tips ni...InsyaAllah mudah2an berjaya...


JOM BERAMAL !!!

Anak mudah jawab Exam

Tips yang boleh dipraktikkan oleh ibubapa di  saat-saat akhir anak melangkah ke dewan peperiksaan:


JOM  SAMA-SAMA BERAMAL...

Hutang oh Hutang!!!

Purata taraf hidup rakyat malaysia (termasuk lah ambo nih)...


Jom calculate:
GAJI POKOK- PERBELANJAAN = BAKI PENDAPATAN SEBULAN

GAJI POKOK (anggaran RM2,500) - epf : RM2,300
PERBELANJAAN (secara kasar) :
1) Rumah                         : RM 400
2) Kereta                         : RM 500
3) Motorsikal                   : RM 150
4) Loan belajar (PTPTN) : RM 250
5) Bil - air/letrik/astro dll   : RM 150
6) Ansuran brg letrik/prbt : RM 150
7) belanja dapur               : RM 300
8) Minyak + toll               : RM 300                 total : RM 2200 Bal RM 100 (saving la kut)

(ni tangga gaji kalau ade degree klu yg takat SPM/Diploma)??? and then kalau dah berkeluarga kena tambah cost ni plak....

1) susu        : RM 100
2) pampers : RM 100              total : RM 2400 No Bal. (-RM 100)....

bgmna tu ???tiap2 bln kene berhutang la plak...HUHu...


PESAN IMAM AL-GHAZALI


5 sblm 5

Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:-


1- KAYA sebelum MISKIN
2- LAPANG sebelum SEMPIT
3- SIHAT sebelum SAKIT
4- MUDA sebelum TUA
5- HIDUP sebelum MATI

Alim Ulamak

Wajah-wajah Alim-Ulamak/ Tuk Guru yang femes kat Malaysia tercinta...
 Role-model untuk kita2 yg alpa..
 Ceria, tenang & bercahaya, ilmu penuh didada.... 
Semoga Allah panjangkan usia mereka semua demi mengajak & membimbing masyarakat ke arah kebaikan & mencegah kemungkaran di muka bumi Allah...

Sabtu, 27 Oktober 2012

HARI RAYA HAJI/ QURBAN


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA a.k.a RAYA HAJI...kepada semua sahabat-handai dan saudara mara juga semua muslimin dan muslimat tak kira jua di mana anda berada...
SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN & HAJI (bg yg sedang mengerjakan haji di Mekah).
Semoga ibadah Qurban anda mendapat ganjaran pahala dr Allah & mendapat haji yang mabrur..

 Pic - credit fb Hj Mat Ali Mohamed

With Luv,
ALa-Din
11 Zulhijjah 1433

Isnin, 22 Oktober 2012

Makan2...

Sabtu - 29 Sept 2012, dapat call dari Mok Su & P.Su nak datang ke Nilai...
hari  tu aku keje seperti biasa hingga pkl 1.00pm. M.Su & P.Su ajak kami sekeluarga makan tghari di kedai makan K.Nah Tmn Semarak. P.Su mau belanja kami semua makan di situ. Kami bergerak lps En. Somi & anak2 amik aku kat tempat keje semntara P.Su & M.Su sekeluarga dah menunggu kami  disana...
Lepas makan M.Su & P.Su & anak2 gerak ke Nilai 3 utk sopping2, then lps tu singgah rumah kami.

 Ni gamba aku x tahu sape tukang snap, amik dr FB anak M.Su/P.su

With Luv,
ALa-Din

TIPS MURAH REZEKI

Boleh amalkan tips2 murah rezeki berikut:

source : Dato' Ustzh SNB

SELAMAT BERAMAL !!!

Elak Stress

 10 Langkah mudah untuk mengelakkan STRESS:


SELAMAT BERUSAHA !!!

La Tahzan


LA TAHZAN - Jangan bersedih

Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih,  tidak akan membuahkan hasil,
Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,

Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak  akan menghasilkan  kerja yang  memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh  diterima didalam lingkunganmu..

Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..

Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!

mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..

Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..

 Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”



Source: here

Sabtu, 20 Oktober 2012

BIJAK SIFIR

Mari belajar sifir !!! SIFIR 9 yg mudah...


SELAMAT BELAJAR !!!

BISMILLAH 5


SELAMAT BERAMAL !!!

Elak Santau

SELAMAT BERAMAL !!!

MENU ISTIMEWA...

Nak tahu ape dia Menu Istimewa????

Nah ini dia menu istimewa hari ini untuk kita2 smua....


SELAMAT BERAMAL !!!

Familyku lagi....


Tahun 2009 - Syahmi masuk sekolah Darjah 1 UTM @ SK Taman Semarak....
 Abg Syahmi with his frenz Adam (anak Dila) & Syafie (anak Awin)...


 Raya 2008...

 Celebrate besday anak2 kat rumah je...

Singgah makan @ restoren, kakak & abg lapar sangat2 lps pulang dr sekolah agama petang (KAFA).


With Luv,
ALa-Din

Jumaat, 19 Oktober 2012

ILMU...

ILMU yang dituntut takkan habis.....


"UTLUBUL ILMI MINAL MAHDI ILAL LAHDI"
(Tuntutlah ILMU dari buaian hingga ke liang lahad)

"UTLUBUL ILMI WALAU BISSYIN"
(Tuntutlah ILMU hingga ke negeri China)

LEBATKAN RAMBUT...

Petua Untuk Melebatkan Rambut 
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yang masih basah itu segera dilap ke rambut anda.

SELAMAT MENCUBA !!!

HALUSKAN TELAPAK TANGAN


Petua Untuk Menghaluskan Telapak Tangan





Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang. Begitu juga kulit ubi kentang. Ini kerana, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis. Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.

SELAMAT MENCUBA !!!

CERAHKAN KULIT MUKA

Petua Untuk Mencerahkan Kulit Muka




                                  1. Parutan Lobak merah
                                  2. Kuning Telur
                                  3. Sedikit Air Limau Nipis



Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

SELAMAT MENCUBA !!!

Hilangkan Bekas Jerawat



Daun Sirih Hilangkan Bekas Jerawat



Ambil beberapa helai daun sirih muda dan tumbuk sehingga hancur. Sapukan diseluruh wajah dan biarkan hingga kering. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

SELAMAT MENCUBA !!!

HILANGKAN JERAWAT..



Petua Menghilangkan Jerawat Tanpa Krim



Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Sama ada anda menggunakan produk kecantikan atau menggunakan produk harian, ianya terpulang kepada diri anda.Mungkin anda lebih arif mengenai pemilihan produk kecantikan yang bersesuaian dengan kulit muka. Tetapi adakah anda mengetahui ada juga produk harian yang biasa anda guna setiap 
hari boleh membantu untuk menghilangkan jerawat? Berikut disenaraikan cara menghilangkan jerawat tanpa menggunakan produk kecantikan:

1. Aspirin (ubat demam) - Walau bagaimana cantik pun kulit seseorang itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Cara untuk mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan hancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah disyorkan) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemudian sapu campuran tadi ke kawasan yang ditumbuhi jerawatdan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ulangi prosedur ini sehingga jerawat anda mengecut dan hilang.

2. Ubat Gigi - Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat, biarkan ia mengering sehingga keesokan harinya. Kemudian, bilas muka anda. Ini kerana ubat gigi mampu mambantu menghidrasikan (mengeringkan) jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.

3. Minyak Zaitun- Cara ini adalah cara turun temurun yang diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit, sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat. Biarkan seketika, kemudian bilas wajah anda dengan menggunakan sabun pencuci muka.

SELAMAT MENCUBA !!!!

Haluskan Kulit Wajah

Sapa2 yang nak kulit muka halus-mulus bolehlah try cara ni:


SOLAT TIANG AGAMA

JOM SOLAT!!!!
SOLAT TIANG AGAMA....no excuse !! coz ajal akan menjemput kita bila2 masa....

CONVOCATION UUM 2012 -part2

 CONVOCATION UUM 2012 - part2

HAPPY GRADUATION DAY - Little Sist. Aini on 6-10-2012

  Cik Su, Qistina, Ayah, Ma, Abg Ngah....

  


 + Cik Ah & Wan...



 + Cik Chik & Syam...

 Wordless...lidah ku kelu...x leh kata apa2...sedih coz aku x de on that happy day....huwaaaaa...


With Luv,
ALa-Din